Max Fleischer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Max Fleischer (19 Julai 1883 – 11 September 1972) ialah seorang juruanimasi berbangsa Amerika Syarikat yang memainkan peranan sebagai seorang perintis dalam pembangunan kartun animasi, serta berkhidmat selaku ketua Fleischer Studios. Beliau menghidupan watak-watak animasi seperti Betty Boop, Koko the Clown, Popeye, dan Superman dalam layar perak serta bertanggungjawab atas sebilangan inovasi teknologi dalam bidang perfileman animasi.