Maurits dari Nassau
From Wikipedia, the free encyclopedia
Maurits van Oranje (Jerman: Moritz von Oraniencode: de is deprecated ; 14 November 1567 - 23 April 1625) adalah penguasa (stadtholder) keseluruhan Republik Belanda kecuali Friesland dari seawal 1585 hingga kematiannya pada tahun 1625. Beliau turut diberi nama Maurits van (dari) Nassau sebelum meninggalnya Putera Oranye dan juga kakanda tirinya, Filips Willem pada tahun 1618.
Maurits van Oranje | |
---|---|
Prince of Orange | |
Dalam jawatan 20 February 1618 – 23 April 1625 | |
Didahului oleh | Philip William |
Digantikan oleh | Frederick Henry |
Stadtholder of Holland and Zeeland | |
Dalam jawatan 1 November 1585 – 23 April 1625 | |
Didahului oleh | William the Silent |
Digantikan oleh | Frederick Henry |
Stadtholder of Utrecht, Guelders and Overijssel | |
Dalam jawatan 1590 – 23 April 1625 | |
Didahului oleh | Adolf van Nieuwenaar |
Digantikan oleh | Frederick Henry |
Stadtholder of Groningen | |
Dalam jawatan 1620 – 23 April 1625 | |
Didahului oleh | William Louis |
Digantikan oleh | Ernst Casimir |
Butiran peribadi | |
Lahir | 14 November 1567 Dillenburg, County of Nassau, Holy Roman Empire |
Meninggal dunia | 23 April 1625(1625-04-23) (umur 57) The Hague, County of Holland, Dutch Republic |
Tempat persemadian | Nieuwe Kerk, Delft, Netherlands |
Beliau menggantikan ayahnya, William sebagai stadtholder Holland dan Zeeland pada tahun 1585, sebelum mengambil kuasa Utrecht, Guelders dan Overijssel pada tahun 1590, serta Groningen pada tahun 1620. Beliau mengetuai suatu pemberontakan menentang Sepanyol yang berkesan melalui taktik perang yang penuh strategi sehingga berjaya mengusir orang-orang Sepanyol dari utara dan timur Republik.
Negara pulau Mauritius yang terletak di Lautan Hindi, dinamakan sempena tokoh ini oleh penjelajah Belanda yang menemukan pulau ini pada tahun 1598 sebelum nama tersebut dirasmikan para petempat Belanda pada tahun 1638.