Lukisan teknik
Alatan melukis geometri / From Wikipedia, the free encyclopedia
Lukisan teknik ialah suatu cara untuk menghasilkan "pelan susun atur" yang menggambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal kejuruteraan, dari sudut mekanikal, awam, struktur, eletrikal, eletronik, seni bina dan sebagainya. Lukisan kejuruteraan adalah cara terbaik untuk berkomunikasi di kalangan mereka yang terlibat dengan bidang kejuruteraan. iaitu menjadi bahasa piawai para jurutera dan teknologis. Dibangunkan daripada keperluan untuk membezakan lukisan kejuruteraan dengan lukisan seni ekspresi visual yang kerap mementingkan estetika dan tafsiran subjektif. Lukisan teknikal penting untuk menyampaikan idea dengan berkesan. Iaitu dengan menggunakan simbol, perspektif (sudut pandang), unit pengukuran, sistem notasi, gaya visual, dan susun atur halaman. Dengan itu, membentuk bahasa visual khusus, seterusnya membantu memastikan lukisan itu mudah difahami. Kebanyakan simbol dan prinsip lukisan teknikal dikodkan dalam piawaian antarabangsa yang dipanggil ISO 128.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |