Kruiser Jerman Admiral Graf Spee
From Wikipedia, the free encyclopedia
Admiral Graf Spee merupakan kruiser berat, yang pada asalnya dikelaskan sebagai Panzerschiff (kapal berperisai), yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman sebelum dan semasa Perang Dunia II. Memandangkan perbandingan artileri beratnya iaitu meriam 28 cm (11 inci), ia dan dua kapal seumpamanya, Deutschland (kemudiannya dinamakan Lützow) dan Admiral Scheer, sering kali dirujuk sebagai kapal tempur poket oleh British.
Career | |
---|---|
Ditempah: | |
Mula dibina: | 1 Oktober, 1932 |
Dilancarkan: | 30 Jun, 1934 |
Di tauliah: | 6 Januari, 1936 |
Nasib: | Ditenggelamkan 17 Disember 1939 |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 12,100 t standard; 16,200 t muatan penuh |
Panjang: | 186 m (610 kaki) |
Dalam: | 21.6 m (71 kaki) |
Draf (max.): | 7.4 m (24 kaki) |
Persenjataan: | Enam meriam 11 inci (280 mm) dalam dua turet tiga laras, lapan meriam 5.9 inci (150 mm), enam meriam 150 mm lapan meriam anti pesawat 37 mm sepuluh meriam anti-pesawat 20 mm lapan tiub torpedo 21 inci (530 mm) dalam empat pelancar berkembar |
Kadar tembakan: | 28 cm guns: 2.5 round/min each 15 cm guns: 6 to 8 round/min each |
Jarak meriam: | 28 cm guns at 40 deg; (armor-piercing shells): 36,475 m |
Jangka hayat meriam: | 28 cm guns: about 340 rounds; 15 cm guns: about 1,100 rounds |
Bekalan peluru: | 28 cm guns: 105 to 120 rounds per gun |
Armor: | sisi turet: (160 mm) belt: (80 mm) dek: 40 mm) |
Pesawat: | Dua pesawat laut Arado 196, satu katapel |
Pendorongan: | Eight 9-cylinder double-acting two-stroke MAN diesels two screws, 52,050 hp (40 MW) |
Kelajuan: | 28.5 knots (53 km/j) |
Jarak: | 8,900 batu nautika pada 20 knots (16,500 km pada 37 km/j) |
atau | 19,000 batu nautika pada 10 knots (35,000 km pada 18.5 km/j) |
Anak kapal: | 1,150 kelasi |
Admiral Graf Spee dilancarkan pada 1934 dan dinamakan selepas Perang Dunia I Admiral Graf Maximilian von Spee yang meninggal, bersama dua dari anak lelakinya, dalam Pertempuran Kepulauan Falkland pertama pada 8 Disember 1914. Dia merupakan kapal kedua yang dinamakan sempena namanya, yang pertama merupakan kruiser tempur Jerman Perang Dunia I yang tidak disiapkan SMS Graf Spee.