Merdeka 118
pencakar langit di Kuala Lumpur, Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Menara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, KL 118 dan PNB 118, ialah sebuah pencakar langit megatinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada tinggi 678.9 m (2,227 ka), ia menjadi bangunan dan struktur kedua tertinggi di dunia, hanya di belakang Burj Khalifa pada 828 m (2,717 ka).
Merdeka 118 | |
---|---|
Nama lama | Menara Warisan Merdeka, KL 118, PNB 118 |
Ketinggian yang direkodkan | |
Tertinggi di Malaysia sejak 2021[I] | |
Didahului oleh | The Exchange 106 |
Maklumat umum | |
Status | Selesai[1] |
Jenis | Guna campur: kompleks beli-belah, pemilikan rumah, hotel, pencerapan, taman awam, pejabat |
Gaya seni bina | Neo-futurisme dan corak songket tradisional Melayu |
Lokasi | Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, Malaysia |
Dinamakan bersempena | Kemerdekaan Malaysia |
Pecah tanah | Julai 2014; 9 tahun yang lalu (2014-07)[2] |
Upacara atas bumbung | 30 November 2021; 2 tahun yang lalu (2021-11-30) [3] |
Disiapkan pada | November 2023 |
Pembukaan | Q3 2024 (Park Hyatt KL), Q4 2024 (geladak cerap) |
Dirasmikan pada | 10 Januari 2024[4] |
Pembiayaan | RM5 bilion[5] |
Pemilik | PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (bawah PNB) |
Maklumat ketinggian | |
Seni bina | 678.9 m (2,227 ka)[6] |
Puncak | 680.5 m (2,233 ka)[perlu rujukan] |
Menara antena | 160 m (520 ka) |
Bumbung | 518.9 m (1,702 ka) |
Tingkat teratas | 502.8 m (1,650 ka)[perlu rujukan] |
Balai cerap | 566 m (1,857 ka) (aras puncak) 499 m (1,637 ka) (Dilihat di 118) |
Butiran teknikal | |
Sistem penstrukturan | Keluli Konkrit bertetulang Keluli terlindung konkrit |
Bilangan tingkat | 118 (dengan 5 bawah tanah) |
Keluasan tingkat | 292,000 m2 (3,140,000 ka2) |
Lif/mesin pengangkat | 87 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Fender Katsalidis bersama dengan RSP KL |
Pemaju | PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd |
Jurutera penstrukturan | Leslie E. Robertson Associates, Robert Bird Group bersama dengan Arup[7] |
Kontraktor utama | Samsung C&T Kumpulan UEM |
Dikenali kerana | Pencakar langit pertama melebihi 500 m (1,600 ka) dan 600 m (2,000 ka) di Malaysia dan Asia Tenggara |
Maklumat lain | |
Letak kenderaan | 20,000 medan kereta |
Capaian transit awam | KG17 Stesen MRT Merdeka di Laluan Kajang AG8 SP8 Stesen LRT Plaza Rakyat melalui KG17 MR3 Stesen Monorel Maharajalela di KL Monorail |
Laman sesawang | |
merdeka118 | |
Rujukan | |
[8][9] |
Nama bangunan ini, iaitu Merdeka, diinspirasikan oleh Stadium Merdeka yang terletak berdekatan.[10] Puncak menara selesai pada Disember 2022, menandakan ketinggiannya pada 678.9 m (2,227 ka) di atas tanah dan 700.9 m (2,300 ka) di atas paras laut.[11]
Ia ialah bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia mengatasi The Exchange 106 pada 453.6 m (1,488 ka) menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dan mengatasi Landmark 81 pada 461.2 m (1,513 ka) menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.[12] Bangunan ini juga akan menjadi yang pertama di Malaysia yang mendapatkan peringkat triple platinum daripada pengesahan mapan seluruh dunia, termasuk Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).[12]