Juan Ponce de León
From Wikipedia, the free encyclopedia
Juan Ponce de León (1474 - Julai 1521[1]) merupakan penjelajah dan penakluk Sepanyol yang dikenali mengetuai ekspedisi Eropah rasmi pertama ke Florida. Beliau pada mulanya melibatkan diri dalam pelayaran kedua Christopher Columbus di kawasan Caribbean tahun 1493. Beliau kemudiannya menjadi pegawai jajahan Hispaniola kemudiannya sebagai gabenor pertama pulau Boriken yang ditakluk (sebagai Puerto Rico) lantikan kerajaan Sepanyol pada tahun 1509. Suatu tengkarah kuasa dengan anak Christopher, Diego Columbus memaksa jawatan beliau dihentikan pada tahun 1511.
Marqués Juan Ponce de León | |
---|---|
[[Gabenor Puerto Rico ]] pertama, ke-3 dan ke-7 | |
Dalam jawatan 1508–1509 | |
Didahului oleh | Jawatan baru |
Digantikan oleh | Juan Cerón |
Dalam jawatan 1510–1511 | |
Didahului oleh | Juan Cerón |
Digantikan oleh | Juan Cerón |
Dalam jawatan 1515–1519 | |
Didahului oleh | Cristóbal de Mendoza |
Digantikan oleh | Sánchez Velázquez/Antonio de la Gama |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1474 Santervás de Campos, Kerajaan Kestela |
Meninggal dunia | Juli 1521 (s. umur 47) Havana, Cuba |
Kerakyatan | Sepanyol |
Pasangan | Leonor Ponce de León |
Hubungan | Juana Ponce de León (anak perempuan) Juan Ponce de León II (cucu) Juan Ponce de León y Loayza (cicit) |
Profesion | Penjelajah |
Tandatangan |
Ponce de León memutuskan mengikuti nasihat Raja Fernando II menjelajah lanjut lebih banyak lagi Laut Caribbean; dari penerokaan inilah beliau menjadi orang Eropah (atau Dunia Lama) pertama menjejakkan kaki di daratan yang dikenalpasti jelas sebagai benua baharu yakni Amerika moden pada tahun 1513 di suatu tempat sepanjang pantai timur Florida meskipun tidak dimasyhurkan sehebat berbanding pengiktirafan pelayaran dilakukan Columbus oleh orang Amerika sendiri.[2]