Hubungan Amerika Syarikat–Cuba
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hubungan Cuba dan Amerika Syarikat sebernanya telah dijalinkan pada awal abad ke-19 lagi. Cuba dan Amerika Syarikat juga mempunyai kepentingan masing-masing sejak sebelum gerakan kemerdekaan negara. Amerika yang telah dijajah oleh British telah merdeka pada hujung abad ke-18 manakala Cuba pula pada penghujung abad ke-19 yang telah dijajah oleh Sepanyol dan dibantu oleh Amerika Syarikat.
Pada penghujung Perang Amerika-Sepanyol, Sepanyol yang kalah terpaksa menandatangani penyerahan hak penguasaannya dalam Perjanjian Paris termasuk Cuba untuk diberi kepada Amerika. Cuba yang mendapat kemerdekaan bersyarat dengan campur tangan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga berhak untuk campur tangan hal pentadbiran di Cuba jika perlu diberi pajakan kekal di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo. Sejak itu, Amerika Syarikat memainkan peranan penting berkaitan politik dalaman dan dasar luar Cuba.
Kemuncul Jeneral Fulgencio Batista sebagai Presiden Cuba membawa era kerjasama rapat antara kerajaan Cuba dan Amerika Syarikat. Entiti Amerika Syarikat terus berkembang dan memiliki banyak hartanah di Cuba. Malahan rejim Batista mengalah dengan kekuatan Amerika menyebabkan rakyat Cuba hidup dalam kesusahan. Cuba yang baru sahaja merdeka daripada penjajahan Sepanyol akhirnya telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat.