Hauptsturmführer
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hauptsturmführercode: de is deprecated (bahasa Jerman: [ˈhaʊpt.ʃtʊʁmˌfyːʁɐ], har. pemimpin tertinggi gempur; singkatan: Hstuf) ialah pangkat separa tentera yang digunakan dalam beberapa organisasi Nazi seperti SS, NSKK dan NSFK. Pangkat Hauptsturmführer adalah komander muda dan setaraf dengan pangkat kapten (Hauptmann) dalam Tentera Darat Jerman dan juga bersamaan dengan kapten tentera asing.[1]
Hauptsturmführer | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan |
| ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||||||
Singkatan | Hstuf | ||||||
Diperkenalkan | 1934 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Kod NATO | OF-2 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Hauptmann | ||||||
Pangkat Hauptsturmführer berkembang daripada pangkat lama Sturmhauptführer, diwujudkan sebagai pangkat Sturmabteilung (SA). SS menggunakan pangkat Sturmhauptführer dari tahun 1930 hingga 1934, dan selepas peristiwa Night of the Long Knives, nama pangkat itu ditukarkan ke Hauptsturmführer namun tanda pangkat tetap sama.[2][3] Sturmhauptführer kekal sebagai pangkat SA sehingga 1945.[4]
Beberapa anggota SS yang paling terkenal diketahui memegang pangkat Hauptsturmführer. Antaranya ialah Josef Mengele, iaitu doktor terkenal yang ditugaskan ke Auschwitz; Klaus Barbie, ketua Gestapo Lyon; Joseph Kramer, komandan kem tahanan Bergen-Belsen; Alois Brunner, asisten Adolf Eichmann; dan Amon Göth, yang dijatuhi hukuman mati da digantung kerana melakukan pelbagai pembunuhan beramai-ramai (penghapusan ghetto di Tarnów dan Kraków, kem di Szebnie, kem tahanan Kraków-Płaszów, seperti yang digambarkan dalam filem Schindler's List).
Tanda pangkat Hauptsturmführer berupa tiga paku perak dan dua jalur berwarna perak yang disusun pada lapik kolar hitam, dipakai disebelah lambang kolar unit.[1] Pada pakaian seragam khidmat berwarna kelabu, epaulet bagi Hauptmann tentera darat juga digunakan. Pangkat Hauptsturmführer lebih kanan dari Obersturmführer dan lebih muda dari Sturmbannführer.[1]