Georg von Küchler
From Wikipedia, the free encyclopedia
Georg Karl Friedrich Wilhelm von Küchler (30 Mei 1881 – 25 Mei 1968) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Tentera Darat Ke-18 dan Kumpulan Tentera Darat Utara semasa perang Soviet-Jerman tahun 1941–1945.
Fakta Segera Fil Marsyal, Kelahiran ...
Fil Marsyal Georg von Küchler | |
---|---|
Kelahiran | (1881-05-30)30 Mei 1881 Istana Philippsruhe di Hanau, Hesse-Nassau |
Meninggal dunia | 25 Mei 1968(1968-05-25) (umur 86) Garmisch-Partenkirchen, Jerman |
Kesetiaan |
|
Tahun perkhidmatan | 1900 – 1944 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri |
Arahan |
|
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II: Pertempuran Belanda, Pertempuran Perancis, Pengepungan Leningrad |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern |
Tutup
Selepas perang berakhir, beliau telah dibicarakan dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi, sebagai sebahagian daripada Perbicaraan Nuremberg Terkemudian. Pada 27 Oktober 1948 Küchler telah dihukum penjara 20 tahun kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan di Soviet Union. Beliau telah dibebaskan pada 1953.