Ferdinand Schörner
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ferdinand Schörner (12 Jun 1892 – 2 Julai 1973) adalah seorang Fil Marsyal dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah beberapa kumpulan tentera darat dan merupakan Panglima Besar Tentera Darat Jerman yang terakhir.
Ferdinand Schörner | |
---|---|
Panglima Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 8 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Adolf Hitler |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1892-06-12)12 Jun 1892 Munich, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 2 Julai 1973(1973-07-02) (umur 81) Munich, Jerman Barat |
Anugerah | Pour le Mérite Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Nama samaran | Blutiger Ferdinand (Bloody Ferdinand)[1] |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Perkhidmatan | Kumpulan Tentera Darat Selatan Kumpulan Tentera Darat Utara Kumpulan Tentera Darat Tengah Oberkommando des Heeres |
Pertempuran | Lihat pertempuran
|
Schörner adalah orang yang sangat berdisplin dan pengikut yang setia dengan arahan defensif Hitler.[2] Kajian terbaru oleh sejarawan Amerika Howard Davis Grier dan sejarawan Jerman Karl-Heinz Frieser menggambarkan Schörner sebagai komander berbakat dengan keupayaan berorganisasi yang "mengagumkan" dalam mengurus kumpulan tentera darat yang berjumlah 500,000 orang semasa pertempuran pada akhir tahun 1944 di Perbatasan Timur.[2] Beliau sangat keras dengan orang atasan serta orang bawahan dan menjalankan operasi mengikut kuasanya sendiri terhadap arahan Hitler apabila beliau menganggapnya perlu, seperti evakuasi Semenanjung Sõrve.[2]
Schörner adalah pengikut Nazi yang yakin dan terkenal dengan kekejamannya. Menjelang akhir Perang Dunia II beliau adalah panglima perang kesukaan Hitler dan untuk itu beliau dilantik oleh Hitler sebagai Fil Marsyal Jerman pada April 1945. Sesudah perang beliau telah disabitkan dengan jenayah perang oleh mahkamah di Soviet Union dan Jerman Barat dan telah dipenjarakan di USSR, Jerman Timur dan Jerman Barat. Semasa kematiannya pada tahun 1973 beliau merupakan Fil Marsyal terakhir Jerman yang masih hidup.