Demam kepialu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Demam kepialu atau demam paratifoid (typhoid fever dalam bahasa Inggeris) merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus dan darah manusia.
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang disyaratkan dalam lesen perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu kawasan.
Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam panas 103° ke 104 °F (39° ke 40 °C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain pula termasuklah radang leper, dan tompok berwarna merah bunga ros. Demam kepialu mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal (delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprim-sulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.
Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada 1907, Mary Mallon ("Typhoid Mary") menjadi pembawa Amerika Syarikat yang pertama dijejak dan dikenal pasti. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat dianggarkan 1 sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu selepas sembuh.
Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta pemilihan makanan yang baik merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.
Demam kepialu telah meragut nyawa beberapa orang terkenal, termasuk Rudyard Kipling, Franz Schubert, Wilbur Wright, dan Putera Pengiring British Albert of Saxe-Coburg-Gotha.