Brat'ya Karamazovy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Brat'ya Karamazovy (Rusia: Бра́тья Карама́зовыcode: ru is deprecated , disebut [ˈbratʲjə kərɐˈmazəvɨ]), ialah novel terakhir oleh penulis novel Rusia terkenal Fyodor Dostoyevsky, beliau meninggal dunia lebih kurang empat bulan selepas ia diterbitkan secara bersiri dalam Russkiy Vestnik dari Januari 1879 hingga November 1880.[1][2] Novel ini mengisahkan pergelutan dalam anak-beranak sebuah keluarga yang terdorong membunuh ayah mereka atas rasa kebencian terhadapnya serta hubungan yang renggang sesama adik-beradik ini.
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Fyodor Dostotyevsky | ||
Tajuk asal | Братья Карамазовы | ||
Negara | Rusia | ||
Bahasa | Rusia | ||
Genre | Novel falsafah | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | Russkiy Vestnik (sebagai siri) | ||
Tarikh penerbitan | 1879–80; edisi berasingan 1880 | ||
Kronologi | |||
|
Novel ini dianggap sebagai salah satu mahakarya terhebat dalam sastera dunia[3] mengesan dalam kalangan pemikir dan penulis (seperti Albert Camus,[4] Albert Einstein[5] dan Sigmund Freud)[6] sampailah dalam kalangan agamawan setinggi Paus.[7]