Bože pravde
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bože pravde (Serbia: Боже правде, Inggeris: God of Justice) merupakan lagu kebangsaan rasmi Serbia dan Republika Srpska. Lagu ini dicipta pada tahun 1872 dengan muzik oleh Davorin Jenko dan lirik oleh Jovan Đorđević.
Sejak dijadikan lagu kebangsaan Kerajaan Serbia, lirik asalnya memuja raja Serbia. Hari ini, Republika Srpska menggunakan lirik yang lama, sementara Serbia menggunakan lirik yang telah diubah, menyatakan bahawa lagu ini bukan bersifat monarki - empat sajak, ditandakan dengan 1 dan 2 yang berbeza. Pada sajak yang ke-3, "raja Serbia" diubah menjadi "tanah Serbia" dan pada sajak pertama, "Tuhan menyelamatkan raja Serbia" diubah menjadi "Tuhan menyelamatkan, Tuhan melindungi".
Mahkamah Perlembagaan Bosnia dan Herzegovina telah memilih untuk tidak menggunakan lagu kebangsaan Republik Srpska dan mengkategorikannya sebagai tidak berperlembagaan.