Bogdan Bogdanović
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bogdan Bogdanović (Cyril Serbia: Богдан Богдановићcode: sr is deprecated ; 20 Ogos 1922 − 18 Jun 2010) merupakan seorang arkitek Serbia. Beliau mengajar seni bina di Fakulti Seni Bina, Universiti Belgrade, yang mana beliau turut berperanan sebagai dekan. Bogdanović telah menulis banyak rencana berkaitan urbanisme dan muncul dalam jurnal-jurnal antarabangsa seperti El País, Svenska Dagbladet, Die Zeit,[1] dan sebagainya. Bogdanović turut terlibat dalam politik, sebagai Partisan Yugoslavia semasa Perang Dunia Kedua sebelum menjadi Datuk Bandar Belgrade.
Bogdan Bogdanović | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1922-08-20)20 Ogos 1922 Belgrade, Kerajaan Beraja Yugoslavia |
Meninggal dunia | 18 Jun 2010(2010-06-18) (umur 87) Vienna, Austria |
Alma mater | Universiti Belgrade |
Hasil kerja | |
Bangunan | |
Anugerah | Hadiah Herder (1997) |
Bogdanović terkenal menerusi rekaan monumen dan memorial yang memperingati pejuang dan mangsa Perang Dunia Kedua. Antara rekaan terkenal beliau adalah Bunga Batu yang direka bagi mengingati mangsa kekejaman Kem tahanan Jasenovac.[2][3]