Banjir Vietnam 2007
From Wikipedia, the free encyclopedia
Banjir tahun 2007 turut melanda Vietnam dan 65 maut wilayah Ha Tinh, 340 km ke selatan bandar Hanoi. Selepas banjir berlaku pula ribut. Jabatan Kaji Cuaca di wilayah Quang Binh berkata 55,000 rumah musnah dan 274,000 hilang tempat perlindungan , menghadapi kebuluran . 100,000 hektar tanah pertanian terutama sawah padi musnah .Tiada benda untuk dimakan .Landasan kereta api utara-selatan turut rosak.
Turut berlaku tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan pergunungan di utara Vietnam. Ladang kopi di Central Highland di wilayah Daklak berlaku banjir kilat. Sehingga kini 14 orang maut. Kawasan berbukit membantu air mengalir dengan cepat.
Bantuan makanan tersekat kerana jalan raya rosak teruk atau ditenggelami banjir. Begitu juga perkhidmatan telekomunikasi. 6000 tentera dan 400 kenderaan ditugaskan untuk memindahkan mangsa banjir dan bantuan perubatan dan kecemasan.