Andrew Moray
From Wikipedia, the free encyclopedia
Andrew Moray (Latin: Andreas de Moraviacode: la is deprecated ), (meninggal akhir 1297), juga dikenali sebagai Andrew de Moray, Andrew dari Moray, atau Andrew Murray, adalah seorang pemimpin tentera terkemuka semasa Perang Kemerdekaan Scotland. Beliau bertanggungjawab dalam memimpin kebangkitan di utara Scotland pada musim panas tahun 1297 menentang pemerintahan Raja Edward I dari England dan berjaya mendapatkan kawalan kawasan ini untuk Raja John dari Scotland. Pada akhir musim panas, tentera beliau telah bergabung dengan tentera William Wallace. Gabungan tentera ini berjaya mencapai kemenangan ke atas tentera Inggeris di dalam Pertempuran Jambatan Stirling, di mana beliau telah mendapat kecederaan teruk.
- Untuk tokoh lain yang bernama Andrew Moray, sila lihat Andrew Moray (nyahkekaburan).
Fakta Segera Meninggal dunia, Sebab kematian ...
Andrew Moray | |
---|---|
Meninggal dunia | akhir 1297 |
Sebab kematian | disebabkan kecederaan yang dialami beliau dalam Pertempuran Jambatan Stirling |
Warganegara | Scotland |
Terkenal kerana | Memimpin kemenangan Scotland bersama William Wallace di Pertempuran Jambatan Stirling |
Anak-anak | Sir Andrew Murray, kemudian Lord Petty dan Bothwell, dan Penjaga Scotland. |
Ibu bapa | Bapa: Sir Andrew Moray dari Petty, d.c.1300; Ibu: Tidak diketahui. |
Saudara | Bapa saudara: Sir William Moray dari Bothwell, d.c.1300; Bapa saudara: David Moray, bishop dari Moray, mati 1326. |
Tutup